Pemakanan sihat kanak-kanak dan remaja
Pemakanan yang sihat dan seimbang perlu untuk tumbesaran badan. Sekiranya, pemakanan tidak dijaga sejak kecil, kanak-kanak ini apabila dewasa kelak akan mempunyai masalah obesiti dan kulit yang tidak sihat.
1) Kurangkan gula.
Dalam setiap makanan pasti ada kandungan gula. Gula di dalam badan akan menyebabkan hormon insulin dikeluarkan dengan banyak supaya gula dapat dihantar ke otot. Gula berlebihan akan di simpan menjadi lemak. Apabila hormon insulin keluar dengan banyak, gula dalam darah akan turun dengan mendadak, menyebabkan keadaan hipoglicemia. Pada waktu ini, seseorang itu akan merasa letih dan lesu, selalunya selepas 1-2jam makan makanan bergula tinggi. Antara makanan yang mengandungi banyak gula ialah minuman berkarbonat, biskut, coklat, gula-gula dan kuih-muih. Gantikan makanan tersebut dengan buah kurma, kekacang atau kismis.
2) Makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin dan zat. Namun demikian, kanak-kanak selalunya tidak gemar makan sayur. Oleh itu, berilah anak anda memilih satu jenis sayur sahaja yang paling disukai, dan berilah dia makan setiap hari.
3) Makan buah-buahan
Buah-buahan juga mengandungi vitamin dan serat. Berilah anak-anak makan buah-buahan setiap hari. Bekalkan buah untuk dibawa ke sekolah. Jadikan buah sebagai pengganti makanan kudapan.
4) Kurangkan makanan yang diproses
Pilihlah makanan seperti dada ayam dan bukannya nuget ayam. Nuget ayam diperbuat daripada bahan seperti tulang, kulit dan lemak ayam yang tidak diingini, dikisar dan ditos sebelum diuli menjadi nuget. Makanan yang diproses juga mengandungi banyak bahan awet yang tidak sesuai untuk tumbesaran kanak-kanak.
5) "Portion" saiz
Walaupun makanan itu elok, sekiranya berlebihan pun akan memudaratkan. Di dalam satu pinggan, anggaran seperti berikut: karbohidrat seperti nasi sebesar genggaman, protein sebesar tapak tangan dan selebihnya sayur. Ini dapat mengelak makan berlebihan.
Otak yang cerdas berpunca dari pemakanan yang sihat dan seimbang. Sekiranya dari kecil lagi pemakanan seimbang diamalkan, insyaAllah anak-anak kita tidak akan mengalami masalah obesiti kelak.
nice....
ReplyDeletehttp://ohsupplements.blogspot.com/2014/09/cara-makan-set-kurus-shaklee.html