Friday, February 3, 2012

Jeragat dan Parut Hitam



Jeragat dan parut hitam

Dr Nurhalina Azly binti Minhat,

timeless.timeless@gmail.com

Masalah jeragat dan parut hitam sering dialami olehkebanyakan orang Asia. Jika tidak dirawat, tompok-tompokhitam ini akan semakin bertambah.Punca jeragat ialahdaripada sel melanosit yang terlebih aktif dan mengeluarkanmelanin yang berlebihan menyebabkan kulit bertompok-tompok hitam

Antara sebab berlakunya tompok-tompok hitam ini adalah:

1) Radang kulit sewaktu mengalami masalah jerawat, apabilajerawat kering, ia akan meninggalkan kesan hitam yangdikenali sebagai "post-inflammatory hyperpigmentation" (PIH)

2) Perubahan hormon sewaktu mengandung dan menyusukananak juga akan menyebabkan tompok-tompok hitam yangdikenali sebagai "melasma". Addison's disease yangdisebabkan kalenjar adrenal yang tidak berfungsi untukmengeluarkan hormon steroid dalam badan juga akanmengakibatkan jeragat. Penggunaan pil perancang dan tabiatmerokok juga boleh menyebabkan jeragat.

3) Pendedahan kulit kepada cahaya matahari setelah beberapatahun akan memberi kesan tompok-tompok hitam yang akanbertambah yang dikenali sebagai "age spots", "freckles" dan"lentigenes". Perbezaan antara age-spots, freckles danlentigenes ialah saiznya.

Jeragat boleh dibahagi kepada 2 jenis:

1)Epidermal, iaitu jeragat berada pada lapisan atas kulit

2)Dermal, iaitu jeragat berada pada lapisan dalam kulit

Kebiasaannya, PIH dan melasma berada pada paras dermaldan lebih sukar dirawat. Age spots, freckles dan lentigenespula berada pada paras epidermal dan lebih senang dirawat.

Cara merawat jeragat dan tompok-tompok hitam:

1) Penggunaan set penjagaan muka khas untuk masalahjeragat seperti Nu-Derm Obagi Medical dengan preskripsitretinoin untuk mengaktifkan sel kulit.

2) Penggunaan krim pemutih yang berasaskan hidrokuinonatas nasihat doktor untuk jangkamasa yang terhad sahaja.Selain itu, krim muka yang mengandungi arbutin, vitamin C,kojik asid atau peptide boleh digunakan untuk jangkamasalebih lama

3) "Chemical peel" boleh dilakukan atas pengawasan doktoruntuk mengurangkan jeragat. Glikolik peel bagi jeragat yangberada pada paras epidermal, manakala salicylic acid peelatau jessner's peel bagi jeragat yang berada pada paras dermaliaitu lebih dalam

4) Rawatan "intense pulsed light" atau "IPL" dapatmengurangkan jeragat yang berada di paras epidermal. IPLmengeluarkan cahaya yang memecahkan jeragat kepada saizyang lebih kecil

5) Rawatan laser "Q-Switched Nd-Yag" merupakan rawatan"gold standard" untuk jeragat samada epidermal atau dermal. Laser ini juga akan memecahkan jeragat kepada saiz yanglebih kecil yang akan dimusnahkan di dalam badan oleh selphagosit. Selepas rawatan laser, jeragat akan tampil lebihgelap dahulu beberapa hari dan kemudian akan lebih cerah.

Cara mencegah jeragat

1) Gunalah krim pelindung matahari sekurang-kurangnya spf40-50 dan pastikan anda mengaplikasikannya dua kali sehariatau setelah berpeluh. Lindungilah anak-anak kita darimatahari dengan penggunaan krim pelindung matahari dariumur mereka 6 bulan. Makanlah pil pelindung matahariHeliocare oral, yang terdapat di klinik sekiranya anda aktifbersukan, bermain golf, bercuti di pantai atau bekerja dipanas terik.Selain mengelak daripada jeragat, ia jugamengelak dari kanser kulit

2) Penggunaan set penjagaan muka yang tidak memudaratkankulit untuk jangkamasa yang lama seperti Kinerase yangmengandungi kinetin daripada tumbuh-tumbuhan untukmerawat kulit kusam, berjeragat dan sensitif

3) Lakukan rawatan chemical peel, ipl atau laser Q-switched/NdYag untuk mengelak jeragat daripada munculdan kelihatan lebih terang

4) Elakkan merokok. Jika jeragat disebabkan oleh pilperancang, tukarlah cara perancangan keluarga yang tidakberasaskan hormon seperti IUCD Cu250

5) Pemeriksaan darah untuk menstabilkan hormon bolehdilakukan dengan doktor anda

Oleh kerana jeragat mungkin berada di lapisan kulit yangberbeza-beza, Jeragat merupakan masalah yang memerlukanbeberapa rawatan susulan untuk mengurangkannya.Sekiranya rawatan terlalu drastik dilakukan kehilangan selmelanosit akan menyebabkan tompok-tompok putih yangkekal. Oleh itu lebih mudah mencegah jeragat daripadamerawatnya.

3 comments:

  1. TQ for the information . really helpful :)

    ReplyDelete
  2. Assalam doktor.terima kasih atas panduan tersebut. Saya gadis berusia 26 tahun, tapi sy dah ada tompok2 hitam di muka dan kulit muka kusam. jadi sy nk kurangkan dan hilangkannya boleh ke cuba krim Kinerase untuk harian?

    ReplyDelete