Thursday, February 2, 2012

Laser Hilangkan Parut

Cara laser hilangkan parut
Oleh DR. NURHALINA AZLY MINHAT
JERAWAT merupakan masalah kulit yang biasa dilalui oleh kebanyakan remaja. Sekiranya tidak dirawat dengan betul akan menyebabkan kesan parut berlubang yang kekal selama-lamanya.
Parut ini bukan sahaja menjejaskan paras rupa tetapi menyebabkan kehilangan keyakinan diri dan masalah psikologi.
Namun dengan adanya teknologi terkini, kesan parut jerawat dapat dirawat iaitu menggunakan teknologi laser "fractional CO2". Apabila laser disinarkan pada permukaan kulit, sinaran laser akan berpecah menjadi beberapa sinaran kecil yang akan membuat lubang-lubang luka kecil pada kulit. Apabila luka-luka kecil ini sembuh, kolagen yang baru akan terbentuk di bawah kulit menyebabkan permukaan kulit menjadi rata. Hanya sebanyak 20 peratus kulit akan mengenai sinaran laser tersebut, oleh itu bahagian kulit yang tidak mengenai sinaran tersebut akan cuba diperbaiki oleh bahagian yang telah dilaser. Oleh sebab itu, waktu pemulihan dari rawatan fractional CO2 laser ini dalam lingkungan tujuh hari sahaja.
Proses penyembuhan berlaku dengan menghasilkan kolagen. Kemerahan kulit berkurangan dan lapisan epidermis terhakis meninggalkan kulit yang lebih bermaya
Persiapan sebelum laser
Sebelum melalui rawatan laser, muka akan dirawat selama enam minggu dengan set penjagaan muka yang mengandungi sedikit asid, vitamin A dalam bentuk tretinon dan hydroquinone. Ini dilakukan supaya kulit bersedia untuk rawatan laser dan tidak menyebabkan tindakbalas negatif seperti pigmentasi atau jeragat.
Persiapan seminggu sebelum laser
Seminggu sebelum rawatan laser, disarankan mengguna set penjagaan muka yang "mild", tiada asid, tretinon atau hydroquinone.
Persiapan sewaktu rawatan laser
Muka akan dicuci, krim kebas akan disapu pada muka selama setengah jam, kemudian krim kebas akan dicuci. Kini, muka sudah sedia untuk rawatan laser. Sewaktu rawatan laser dilakukan, pesakit tidak merasa sakit kerana kulit telah dikebaskan. Selepas rawatan laser selesai, muka akan terasa panas. Kulit muka akan disejukkan dengan tuala sejuk atau "mask". Krim pelembap dan krim pelindung matahari disapu pada kulit.
Penjagaan kulit selepas rawatan laser
Muka akan kelihatan kemerah-merahan sedikit selepas rawatan laser. Sekiranya perlu boleh mengambil ubat antiinflammatori untuk mengurangkan kesan kemerah-merahan tersebut.
Selepas rawatan laser, disarankan mengguna set penjagaan muka yang dikhaskan supaya kulit dapat sembuh dengan cepat. Penggunaan krim pelembap dapat mempercepatkan kulit untuk sembuh.
Hindari kulit dari pancaran matahari untuk mengelak masalah pigmentasi "postinflammatory hyperpigmentation". Jangan sesekali mengopek kulit yang telah dilaser, biarkan ia kering dan jatuh dengan sendirinya. Selepas mencuci muka, laplah muka perlahan-lahan.
Sekiranya kulit berminyak, kulit akan sembuh 5 hingga 7 hari berbanding kulit kering 7 hingga 10 hari. Penggunaan serum seperti hyaluronic acid, vitamin C atau placenta oil dapat menyerlahkan lagi kulit selepas rawatan laser. Penggunaan krim pelindung matahari perlu diteruskan.
Bagi yang mempunyai masalah parut jerawat, rawatan laser perlu dilakukan setiap 4-6 minggu sekurang-kurangnya 4-5 kali. Sekiranya parut itu dalam, rawatan memakan masa lebih lama. Dengan hanya satu sesi rawatan laser, kulit akan terus menunjukkan perubahan positif sehingga enam bulan.
Rawatan fractional CO2 laser juga boleh menegangkan kulit dan mengecilkan liang pori-pori dengan merangsangkan pembinaan kolagen. Ketuat dan tahi lalat juga boleh dirawat dengan fractional CO2 laser ini. Selain itu, laser ini juga dapat menyerlahkan kulit muka. Rawatan fractional CO2 laser juga sesuai parut akibat kecederaan kecil.Penulis boleh dihubungi di 0378808486, 0172661868.

35 comments:

  1. Salam.nak tanya.berapa kos untuk rawatan laser ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Muiz, fraksional co2laser rm1000 per sesi, bergantung juga pada bahagian yang nak dilaser

      Delete
  2. salam dr, sy baru buat co2 laser 2 minggu lps.
    tp jerawat2 kecil mula naik & tona kulit tak sekata mcm bertompok2.
    adakah normal?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aimie, jerawat kadang2 boleh keluar selepas laser, ianya reaksi sementara shj. Kulit mmg akan kelihatan gelap sedikit, tona akan pulih semula

      Delete
  3. Dr. Anak sy mempunyai parut jahitan di dahi. Garisan parut bawah ok tp part atas garisan parut agak lebar & berlekuk..Umurnya kini 6 tahun...Untuk makluman dr juga..anak saya juga mempunyai birthmark coklat di bawah mata..Adakah rawatan laser bo dilakukan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kemungkinan perlu rawatan "scar revision" dahulu sebelum parut boleh dilaser. Birthmark boleh dilaser tapi mungkin memerlukan rawatan di hospital kerana umur pediatrik

      Delete
    2. Salam dr,sy ada parut bulat di tepi mulut dan parut di tepi mata,adakah kesan laser dpat membantu masalah sy hilangkan parut lama sy ni,dan berapa harga kos klu menggunakan laser?

      Delete
  4. Saya mempunyai masalah sel kulit mati akibat product yg x serasi ngan kulit sy.. skrang kesan yg pling ktra d bhgian tumis nmpk kesan hitam trok seolah2 mcm bermisai saya btl2 mlu nak kluar untuk berkeja atau kemn2 shja.. bole ke dgn laser n dpt mghilngkan kesan kulit mti tu?? Dan kos pulak brape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan laser dan skincare boleh membantu menghilangkan parut gelap. Walaubagaimanapun, rawatan perlu dilakukan berulangkali. Mengenai kos laser, Suriya perlu datang ke klinik untuk konsultasi. Saya perlu analisa kulit terlebih dahulu

      Delete
  5. Sy ad kesan parut gigitan nyamuk.yg keep repeat gatal.then bila sy garu..parut tu da tebal dan hitam.kecik je parut tu..agak2 brapa kos utk rawatan laser tu?blh x hubungi sy di 0173370832

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam umi, sila telefon klinik 0378808486 utk apoinmen. Saya perlu analisa kulit terlebih dahulu

      Delete
  6. Anak peempuan saya beusia 20thn mempunyai parut bekas jahitan dibawah mata sepanjang 3cm akibat terkena benda tajam ketika berusia 7thn,, Apakah rawatan laser boleh menghilangkan kesan parut tersebut dan berapakah kos keseluruhannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan laser boleh mengurangkan parut supaya kurang jelas kelihatan bukan menghilangkannya terus. Kos bergantung pada saiz parut yang perlu dilaser, biasanya harga laser bermula dr Rm500 tetapi bergantung juga pada saiz

      Delete
  7. Saya mempunyai parut seperti tompokan hitam di lengan kanan saya.Ini berpunca daripada kesan garukan akibat gatal-gatal.Adakah rawatan laser mampu menghilangkan parut hitam ini?Dan berapakh anggaran kos rawatan.Untuk makluman,parut saya adalah kecil sahaja sebesar setengah inci.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rawatan laser boleh mengurangkan parut hitam dan disusuli dengan krim pemutih. Rawatan laser bermula dr rm400 tetapi bergantung juga pada saiz parut yang akan dirawat.

      Delete
    2. Salam, tumpang tanya. Sy membuat rawatan laser, dan selepas beberapa jam selepas rawatan laser, bintik hitam yang asal itu makin hitam membuatkan saya rasa risau. Adakah iyanya normal?

      Delete
  8. Saya mempunyai parut seperti tompokan hitam di lengan kanan saya.Ini berpunca daripada kesan garukan akibat gatal-gatal.Adakah rawatan laser mampu menghilangkan parut hitam ini?Dan berapakh anggaran kos rawatan.Untuk makluman,parut saya adalah kecil sahaja sebesar setengah inci.

    ReplyDelete
  9. boleh saya tahu di mana lokasi klinik?

    ReplyDelete
  10. boleh saya tahu di mana lokasi klinik?

    ReplyDelete
  11. Salam, nk tnye.. Adakah kulit akn mnjdi merah teruk n mnggelupas teruk slps rwtan laser? Sy tkut nk buat rawatan laser disebabkn kesan yg akn sy alami slps slesai rawatan dlm jngkamasa panjang sbb sy prlu brhdpn dgn client..

    ReplyDelete
  12. Salam,saya da buat rwtan laser utk parut tu bru sehari, tp kulit muka saya ada bintik2 kecil n berdarah,timbul jerawat bernanah kecil2..adakah kesan ini adalah biasa atau tak? Terima kasih

    ReplyDelete
  13. Klu rawatan laser utk buang bulu roma di muka bpe kos?

    ReplyDelete
  14. Klu rawatan laser utk buang bulu roma di muka bpe kos?

    ReplyDelete
  15. Salam dr.. Sy ada masalah parut jerawat di hidung yg menonjol, boleh dr bg anggaran jumlah wang yg perlu utk rawatan kos ne?

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Dr..Sy punyai kesan lazer biji kolestrol d area mata dan ia mnjadi warna putih skrg..tidak sekata dgn kulit muka sy..biji kolestrol mmg hilang,ttpi parut putih yg muncul...😢jnis rawatan mana yg ssuai utk sy ya Dr?

    ReplyDelete
  17. Assalaamualaikum dr, jika maslah bulu kaki lebat, bleh ke buat rawatan dn brapa kos ?

    ReplyDelete
  18. Assalaamualaikum dr, jika maslah bulu kaki lebat, bleh ke buat rawatan dn brapa kos ?

    ReplyDelete
  19. Barulah saya faham macam mana laser dapat membantu memperbaiki
    parut berlubang . Terima kasih Dr 😀

    ReplyDelete
  20. Terima kasih doktor. Lepas buat treatment perlu ke -jaga pemakananan- untuk elakkan kesan parut selepas laser?

    ReplyDelete
  21. Assalam Dr..mslh sy hdpi skrg bintik2 di alat sulit.. Bleh kh sy buat rwtan laser.. Please explain for me . I hope Dr can be solved my skin problem.tq

    ReplyDelete
  22. Assalam Dr..mslh sy hdpi skrg bintik2 di alat sulit.. Bleh kh sy buat rwtan laser.. Please explain for me . I hope Dr can be solved my skin problem.tq

    ReplyDelete
  23. Assalam Dr..mslh sy hdpi skrg bintik2 di alat sulit.. Bleh kh sy buat rwtan laser.. Please explain for me . I hope Dr can be solved my skin problem.tq

    ReplyDelete
  24. Saya nak tnya,
    Kesan merah selepas buat rawatan laser pada muka.. Sllny akan pulih seperti sediakala dlm masa brp lama? Sehingga kini, sy buat laser treatment hampir 3 bulan. Ttpi kesan merah spt melecur masih ada dan pedih. Trutama pada hari yg panas.. Apa yang perlu sy lakukan.. Adakah perkara ini biasa.. ?

    ReplyDelete
  25. Doktor ank sy ada parut bnyak d pungung akibat gatal masa kecil...parut nya dah jadi hitam...adakah ada harapan untuk putih kembali spt d bahagian badan yg lain

    ReplyDelete
  26. dr, saya mempunyai parut hitam akibat luka. parut baru kalau buat rawatan laser sekali sahaja adakah parut itu akan hilang?

    ReplyDelete