Thursday, February 2, 2012

Perancangan Keluarga


Perancangan Keluarga
Perancangan keluarga perlu bagi setiap pasangan supaya setiap kehamilan itu dihargai. Perancangan keluarga perlu untuk menjarakkan anak, supaya ibu dapat pulih sepenuhnya.Sekiranya ada luka jahit sewaktu bersalin, luka dapat pulih dengan sempurna. Ia juga dapat menggalakkan penyusuan susu ibu yang lebih lama dan menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebanyakan wanita keliru dengan kaedah untuk merancang keluarga. Sekiranya ujian air kencing menunjukkan hamil, sudah terlambat untuk melakukan kaedah perancangan keluarga.
Berikut, merupakan antara kaedah yang kerap digunakan.Sila pastikan anda memahami setiap kaedah dan risikonya sebelum membuat keputusan.
IMPLAN (IMPLANON)
Implan merupakan kaedah perancangan keluarga untuk jangka masa panjang. Ia berbentuk seperti lidi yang dipasang di bawah kulit pada lengan anda.
Implan (implanon) berkesan mencegah kehamilan selama 3 tahun.
Implan mengandungi hormon progesteron yang mengeluarkan hormon secara berterusan dan menghalang pengeluaran telur. Ia juga menghalang sperma memasuki rahim dengan menukar lendir pada serviks. Perlindungan kehamilan bermula dari hari pemasangan.
Bagaimana implan dipasang?
Doktor akan menjalankan ujian ginekologi termasuk pemeriksaan payudara, pap smear dan ujian kehamilan sebelum memasang implan. Ubat bius akan diberi di tempat pemasangan dan diikuti dengan pemasangan implan. Bahagian lengan akan dibalut untuk mengurangkan risiko lebam. Anda boleh membuka balutan selepas 24 jam. Kebiasaannya, implan akan dipasang antara hari pertama dan kelima haid.
Kesan sampingan implan
Antaranya ialah jerawat, pening kepala, pertambahan berat badan, sengal payudara. Kesan sampingan yang jarang berlaku termasuk rambut gugur, perubahan emosi, perubahan nafsu seks, sakit perut dan senggugut. Implan akanmempengaruhi kitaran haid; kitaran haid tidak menentu atau tiada haid.
Pengeluaran implan
Ubat bius akan diberi sebelum insisi dibuat. Selepas implan dikeluarkan, luka akan dibalut.
Sekiranya anda ingin hamil semula, implan akan dikeluarkan dan kesuburan akan kembali semula selepas satu bulan.
Implan tidak memberi kesan ke atas penyusuan bayi.
Implan tidak melindungi anda dari jangkitan kelamin.
IUCD Multiload Cu250 atau Cu375
IUCD atau "intrauterine contraceptive device" ialah alat yang dimasukkan ke dalam rahim untuk mencegah kehamilan. Alat ini tidak mengandungi sebarang hormon, dan merupakan segelung wayar kuprum yang bertali.
Waktu paling optima untuk memasukkan alat ini ialah hari terakhir haid. Ia juga boleh dimasukkan selepas keguguran atau bersalin.
Kelebihan IUCD
o Efektif, kesuburan boleh dikembalikan serta-merta selepas IUCD dikeluarkan, sesuai untuk jangkamasa yang panjang
o Tidak mengganggu penyusuan bayi
o Sesuai jika ada penyakit darah tinggi
o Tiada kesan negatif hormon seperti pertambahan berat badan, sakit kepala
Prosedur memasukkan IUCD
Sebelum IUCD dimasukkan, doktor akan melakukan pemeriksaan vagina untuk memastikan kedudukan rahim. Doktor akan memasukkan spekulum untuk melihat servik. Servik dan vagina akan dicuci dengan antiseptik. Doktor akanmengukur saiz rahim sebelum memasukkan IUCD. Anda mungkin akan merasa tidak selesa sewaktu IUCD dimasukkan. Selepas IUCD dimasukkan, doktor akanmemotong benang 2-3cm daripada servik. Pemeriksaan ultrasound akan dilakukan untuk menentukan kedudukan IUCD.
Anda akan mengalami sedikit pendarahan selepas IUCD dimasukkan. Anda juga akan mengalami sakit pada bahagian ari-ari selepas IUCD dimasukkan.
Anda mesti berjumpa dengan doktor jika:
o Haid lambat 2 minggu atau tiada haid
o Tidak dapat merasa benang atau dapat merasa bahagian plastik yang keras di dalam faraj
o Pendarahan yang banyak atau pendarahan selepas melakukan hubungan seks
o Senggugut atau sakit sewaktu melakukan hubungan seks
o Sakit ari-ari, sakit di hujung bahu, demam melebihi 38 darjah Celsius, pening, pengsan, lelehan faraj yang tidak normal
Anda dinasihatkan menukar IUCD setiap 3 tahun (bagi Multiload Cu250) dan 5 tahun (bagi Multiload Cu375)
Prosedur mengeluarkan IUCD
Untuk mengeluarkan IUCD, anda mesti berjumpa dengan doktor. Prosedurnya seperti memasukkan IUCD. Jika benang IUCD tidak dapat dilihat di dalam faraj, anda akan dirujuk kepada pakar ginekologi untuk mengeluarkan IUCD selepas dibius.
Apabila menggunakan IUCD, risiko untuk mengandung masih ada. Jika anda disahkan mengandung, IUCD akandikeluarkan dan boleh menyebabkan keguguran. Jika anda tidak mahu mengeluarkan IUCD, anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan kuman pada bahagian pelvis.
Walaupun IUCD mampu mencegah kehamilan di dalam rahim, ia tidak dapat mencegah kehamilan di luar rahim.
IUCD Mirena
IUCD Mirena merupakan alat merancang kehamilan seperti Multiload Cu250 atau Cu375 tetapi ia mengandungi hormon.Sekiranya anda mengalami haid yang berlebihan, IUCD Mirena dapat mengurangkan pendarahan sambil mencegah kehamilan.
PIL PERANCANG NORIDAY
Noriday ialah pil perancang yang mengandungi hormon progestin sahaja.
Bagaimana kehamilan dicegah?
Pil perancang ini mencegah kehamilan dengan cara menukar lelehan di bahagian serviks supaya sperma tidak dapat melepasinya. Ia juga menukar dinding rahim supaya telur yang telah disenyawakan tidak dapat melekat pada dinding rahim.
Cara pengambilan pil Noriday
Mula makan Noriday pada hari pertama haid sehingga habis pek. Ambil pil pada masa yang sama setiap hari.
Pada permulaan mengambil pil Noriday, pencegahan kehamilan alternatif mesti diambil 14 hari yang pertama.
Selepas habis pek pertama, anda perlu meneruskan dengan pek kedua tanpa berhenti, tidak kira jika ada haid atau tidak.
Haid tidak teratur
Kemungkinan haid tidak teratur akan berlaku dengan pengambilan pil Noriday. Kebiasaannya ia berlaku pada bulan-bulan awal sahaja. Anda dinasihatkan supaya tidak berhenti pil tersebut. Sila berjumpa dengan doktor jika tiada haid selama 6 minggu.
Anda diingatkan supaya mengambil pil pada masa yang samasetiap hari. Jika terlupa mengambilnya berbincanglah dengan doktor anda berkenaan langkah yang patut diambil.
Muntah dan cirit-birit akan mengurangkan penyerapan pil dalam perut. Anda dinasihatkan meneruskan pil perancang dan menggunakan cara alternatif selama 14 hari.
Pil perancang akan berinteraksi dengan antibiotik, ubat sawan, ubat tidur dan ubat arthritis. Pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengambil pil perancang.
Anda tidak boleh mengambil pil perancang jika ada penyakit kuning, gatal atau kuning ketika mengandung, pendarahan vagina yang tidak normal, penyakit hati, penyakit darah beku (angin ahmar, serangan jantung, paru-paru).
Pil perancang boleh menyebabkan darah tinggi pada sesetengah wanita.
Amaran
Anda dinasihatkan supaya berhenti mengambil pil perancang serta-merta dan berjumpa dengan doktor jika:
o Sakit dada, batuk berdarah dan sesak nafas
o Sakit dan bengkak urat kaki
o Sakit dada yang melampau
o Sakit kepala, muntah, pening, pengsan, masalah penglihatan atau pertuturan, lemah tangan atau kaki
o Ketulan pada buah dada
o Sakit pada bahagian perut
Jika anda ingin mengandung semula, berhenti pil perancang dan gunakan cara mekanikal (seperti kondom) selama tiga bulan sebelum merancang untuk hamil.
Anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor untuk memastikan cara merancang keluarga yang sesuai untuk anda. Oleh kerana Pil Noriday boleh memudaratkan jika disalahgunakan, ia merupakan ubat preskripsi oleh doktor sahaja.
Sila pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah, payu dara setiap bulan dan pemeriksaan pangkal rahim (papsmear) setiap tahun.
SUNTIKAN DEPO
Salah satu cara untuk merancang keluarga ialah melalui suntikan depo. Suntikan depo mengandungi hormon progesteron sahaja. Suntikan depo menukar lendir pada serviks yang menghalang sperma menembusinya. Keadaan hormon yang tinggi juga menyebabkan tiada telur dikeluarkan.
Sebelum diberi suntikan, anda akan diperiksa terlebih dahulu, termasuk pemeriksaan ginekologi dan payudara. Selepas memastikan anda tidak hamil, suntikan akan diberi pada bahagian punggung.
Kekerapan suntikan
Suntikan pertama akan diberi pada hari pertama ke hari kelima haid. Selepas itu, anda akan diberi suntikan setiap 3 bulan.
Suntikan depo boleh menyebabkan haid tidak menentu atau tiada haid. Ia juga boleh menyebabkan penambahan berat badan, sakit kepala dan mual.
Anda tidak boleh menggunakan suntikan depo jika ada penyakit seperti di bawah:
o Darah tinggi
o Penyakit hati
o Herpes sewaktu hamil
o Sakit kuning
o Gatal sewaktu hamil
o Angin ahmar
o Sakit jantung
Suntikan depo tidak akan mengganggu penyusuan bayi.
PIL PERANCANG KOMBINASI
Ini merupakan cara yang efektif dan 'reversible', boleh digunakan oleh wanita tanpa had umur. Namun, pil ini hanya efektif sekiranya pil dimakan mengikut jadual.
Antara kesan sampingan pil ini ialah sakit perut, pendarahan, sakit kepala, gangguan emosi.
Contoh pil kombinasi ialah mercilon, marvelon, loette, lindynette, meliane, microgynon 30, novynette, oralcon, rigevidon, trinordiol, yasmin
Anda tidak digalakkan mengambil pil perancang sekiranya:
1) merokok
2)penyakit kencing manis
3)penyakit darah tinggi
4)pendarahan faraj yang belum diketahui puncanya
5)penyakit hati
6)migraine
7)pernah mengalami darah beku dalam salur darah
8)pernah mengalami kanser payudara
9)mengambil sesetengah antibiotik, antifungal, ubat sawan, charcoal, ubat pelawas yang mungkin mengurangkan reaksi ubat tersebut
Sekiranya anda menggunakan pil perancang, dapatkanlah nasihat daripada doktor anda. Pastikan anda berjumpa doktor setiap bulan untuk memastikan penggunaan pil sesuai untuk anda. Jangan sesekali melalui jalan pintas dan membeli pil perancang di kedai tanpa nasihat doktor. Bincanglah dengan doktor sekiranya ada masalah sebelum menukar ke pil yang lain.
Cara-cara lain yang tidak kekal:
1)Kondom lelaki atau wanita
2)Spermicide seperti gel yang disapu pada faraj untuk mengurangkan aktiviti sperma
3)Vaginal ring mengandungi hormon
4)Patch mengandungi hormon, perlu ditukar setiap minggu

Cara-cara lain yang kekal:
1)"Bilateral tubal ligation" iaitu tiub fallopian yang menyambungkan kilang telur dan rahim dipotong
2)"Vasectomy" bagi kaum lelaki
*Perbezaan harga:
Kondom: Rm1-2 x 12 = Rm12-Rm24 sebulan
Pil perancang: Rm10-Rm60 sebulan bergantung pada jenis pil
Suntikan depo: Rm45 setiap 3 bulan iaitu Rm15 sebulan
IUCD Cu250: Rm130 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm3.60 sebulan
(IUCD Mirena lebih mahal)
Implanon: Rm535 untuk jangkamasa 3 tahun iaitu Rm14 sebulan
*Harga hanya anggaran sahaja, bergantung pada ketetapan klinik masing-masing.
Pilihan bergantung pada anda. Marilah kita sama-sama membendung pembuangan bayi yang tidak bersalah. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab dan rancanglah keluarga anda mengikut kemampuan anda. Jadikanlah setiap anak itu anak yang diingini.

228 comments:

  1. salam..btol ke klau ada sejarah kanser yg kuat dlm keluarga,perlu elak pgmbilan perancang yg melibatkn hormon?tq

    ReplyDelete
  2. Salam Anis, ya betul, cuba elakkan penggunaan hormon sintetik

    ReplyDelete
    Replies
    1. askm doc sye ani bu bby 2...nk thu ptt ke sye trskn pegmbilan pil perancng nooriday sbb haid sye tb2 je kuaq blk kli dh 4kli dr start bln 2...sblm ni tk pernh belaku.mmng mse ujung bln 1 sye de miss mkn jdi dtglh haid tu tp skrng dtg lg,sye dh cek tknan drh,ambk drh dh tkr pil nooriday yg disrh doc tp bru 2mggu pegambilan hri ni dtg blk...mcmne ni doc risau sgt ni.3hri lps sye besame tut2 hr ni dtg haid ni dh 2kli tejdi..cek ujian kehamilan tk megandung...de ka ni tande2 knser servik doc?nauzubillah mntk dijauhkn.tlg doc

      Delete
  3. sudah memakan pil kombinasi lebih 6 tahun...berapa lamakah masa paling maksima untuk memakan pil ocp tersebut..ada jangka masa yang disyorkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. pil perancang cuma untuk menjarakkan anak, selalunya 3 tahun. sekiranya ingin menjarakkan lebih lama lagi, cubalah cara yang tidak menggunakan hormon seperti iucd copper

      Delete
  4. sy amik pil yg mkn bila perlu tu..brand pestinor 2...yg tu mcm mna ya? ni first time sy amik pil....just tak mau bg lekat lg sbb sy still belajar n sy x tinggal skali ngn husband...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Postinor boleh digunakan jika tidak kerap bersama

      Delete
  5. salam 1 malaysia

    saya ingin b'tanya saya sudah ingin b.khawin pada pertengah tahun ini
    dan cara tiba2 bakal isteri saya berkata perlu makanan pil perancang ( bakal isteri saya berkata doktor sebuah klinik sakit puan yang beri tahu padanya)
    di sini saya ingin mgenal pasti apakah kesan (kebaikkan & keburukan) ubat tersebut.

    saya takut kesan pada anak kami kelak

    sekalian terma kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Zulfahmi, sekiranya belum bersedia untuk ada anak, bolehlah makan pil perancang. Pil perancang perlu dimakan setiap hari, jika takut terlupa, bolehlah guna cara lain seperti kondom

      Delete
  6. Saya mengunakan kaedah suntikan..adakah normal jika haid sy x dtg..sbb sblm ni haid sy dtg tepat pada tarikhnye..br 2 kali di suntikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika menggunakan kaedah suntikan, ada kemungkinan haid tidak akan turun atau kekerapan akan berkurang disebabkan suntikan hormon yang kini telah mengambil alih fungsi ovari.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. ada kemungkinan tiada haid langsung. tidak perlu risau kerana ini adalah normal untuk suntikan hormon.

      Delete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Adakh kaedah BTl tidak akan mengandung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika mahukan cara yang permanent, BTL atau bilateral tubal ligation memang sesuai, namun ia masih bukan 100%. Tiub yang telah dipotong mungkin boleh bersambung balik tapi jarang berlaku.

      Delete
  9. usia sy 41,ada drh tggi sebelum mgandg dan masa mengandg ada kencing manis,anak dah 7 org. sy merancang utk menggunakn kaedah BTL. Adakah BTL ini sesuai dgn keadaan sy sekrg memandangkan usia dan masalah penyakit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. BTL atau bilateral tubal ligation ialah surgeri di mana tube fallopian akan diikat dan dipotong, maka telur dar ovari tidak dapat melalui tiub untuk ke rahim. Cara ini merupakan kaedah yang permanent. Cara ini sesuai jika puan tidak mahu lagi mengandung.

      Delete
  10. Sy berumur 23thn baru saja kahwin ..sy msh blm bersedia ada anak .Ada kah condom selamat diguna 100% ?? Biasanya haid sy x pernah lambat...tp skrng haid sy sudah lambat 1bln1minggu ..sy risau sy mengandung terlalu awal??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaedah kondom bukan 100%, ada kemungkinan kebocoran atau air mani yang berlebihan mengalir ke dalam vagina. Jika haid tidak datang, perlu buat ujian air kencing untuk mengesahkan kehamilan.

      Delete
  11. saya dah 1tahun mkn pil rigevidon.tahun ni nak merancang nk ank.kalau sya bhenti mkn bulan ni bila akan lekat tu.period saya memang teratur sblum ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haid teratur apabila makn pil perancang sebab hormon daripada pil perancang telah mengambilalih fungsi ovari. Apabila berhenti mengambil pil perancang, ia memakan masa 3-6bulan untuk subur kembali.

      Delete
  12. salam..

    sy br bersalin anak pertama & dh 20 hari abis pantang..bl sy boleh start mkn pil perancang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebiasaannya pil perancang dimulakan apabila haid sudah kembali. Puan perlu berjumpa doktor untuk konsultasi cara merancang selepas hamil kerana tidak semua pil perancang selamat digunakan

      Delete
  13. Salam

    sy bru je 2 bulan lebih lepas melahirkan anak yg ke 2..dan untuk menjarakan kehamilan lagi sy telah mengambil suntikan depo tu..pada 28hb nie nnti sy akan di suntik untuk yg kali ke 2..tapi sekarang sy nk tanye memang kitaran haid tak menentu ke apabila mengambil suntikan tersebut kerana sampai sekarang sy masih lgi keluar darah haid dh 19 hari..sebab sebelum nie haid sy teratur je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apabila mengambil suntikan depo, kitaran haid memang akan menjadi tidak menentu.

      Delete
  14. saya dah mengambil suntikan dalam 2 tahun.. tapi lewat kebelakangan ini tekanan darah saya ada ketikanya tinggi. satu lagi adakah kemungkinan saya hamil sekiranya saya baru sahaja mengambil suntikan pada 2 minggu yang lepas? untuk pengetahuan,saya tak pernah missed date untuk mendapatkan suntikan dari klinik. sekiranya saya disahkan hamil, apa yang perlu saya lakukan? minta penerangan lebih lanjut. terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya tekanan daran tinggi, mungkin perlu ubah ke cara lain tanpa hormon seperti iucd cu250. Kemungkinan mengandung mungkin ada sebab tidak semua cara mengekak kehamilan ialah 100%. Buatlah ujian air kencing untuk memastikan kehamilan. Sekiranya hamil, tidak perlu mengambil suntikan lagi, teruskan dengan pengambilan asid folik

      Delete
    2. saya telah disahkan mengandung tetapi mengikut kata doctor, kandungan saya mungkin berisiko kerana ada kemungkinan saya sudah mengandung ketika mengambil suntikan.ujian air kencing telah dilakukan tetapi ianya negative ketika saya mengambil suntikan itu. saya nak tahu, apakah risiko sekiranya suntikan diambil walhal tidak tahu ketika itu mengandung. apakah risiko yang akan dihadapi oleh embrio saya ataupun saya sendiri? tk Dr Lina.

      Delete
    3. Salam Siti, apabila hamil, hormon Progesterone tinggi di dalam badan. Suntikan depo juga merupakan hormon progesterone. InshaAllah tidak ada apa-apa kesan negatif, cuma suntikan depo menipiskan uterine lining, ini mungkin boleh mengakibatkan keguguran kandungan. Nasihat saya, teruskan dengan pengambilan asid folik. Sekiranya ada pendarahan, segera berjumpa doktor kerana ada rawatan untuk pendarahan sewaktu mengandung.

      Delete
  15. Salam,sy amek suntikan depo dah 3x dan haid sy dah 3bulan xdtg,ada kah normal?kalo sy rncg nk ngdg lg kena buat suntikan kesuburan ke?atau xperlu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Keadaan ini normal bagi suntikan depo. Kesuburan akan kembali semula selepas 3-6bulan suntikan terakhir. Ada kemungkinan tidak perlu mengambil ubat kesuburan sekiranya ingin mengandung semula

      Delete
  16. Salam; saya masih menyusukan bayi 1tahun 4 bln; sebelum ni saya menggunakan norriday tp bertahan utk 2 bln sahaja kerana muntah dan skt kepala;skrg saya ingin menggunakan semula pil perancang; adakah pil yasmin sesuai uyk saya ibu menyusu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pil perancang bagi ibu yang menyusukan badan hanya pil noriday sahaja. Sekiranya muntah dan sakit kepala, cubalah cara lain yang tidak meggunskan hormon seperti iucd cu250

      Delete
    2. bayi sy berusia 7 bulan dan fully breastfeed.kalau gune implan,ada kesan x pada penyusuan badan nanti?adakah ia akan mengurangkan susu badan?

      Delete
    3. Implan tidak mengganggu penyusuan bayi. Kaedah ini, im depo atau noriday sesuai semasa penyusuan bayi

      Delete
  17. salam..

    Saya nak tanya. saya amik pil noriday selepas bersalin anak sulung tahun lepas. 6 bulan exclusive bf, pastu dah campur susu baby. tapi baby still menyusu pada waktu malam.period memang tak datang langsung sepanjang saya amik pil noriday secara teratur. tapi bila baby saya cukup setahun, tiba2 period saya datang.sebelum tu, ada simptom selalu muntah, pening dan kurang selera. baby pon dah makin kurang menyusu badan. saya cek upt last week, tp result -ve.Saya nak tahu, adakah saya patut teruskan makan pil noriday @ perlu tukar pil lain? utk pengetahuan doc, saya memang berniat meneruskan penyusuan untuk anak saya sampai 2 tahun. Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Aishey, kalau masih menyusu badan, teruskan pil Noriday. Kadang-kadang UPT boleh negatif jika masih terlalu awal, cuba check sekali lagi selepas 2 minggu. Jika simptom berterusan, tukar ke cara yang lin tanpa penggunaan hormon seperti kondom atau IUCD Cu 250

      Delete
  18. As salam..
    Just curious, ada tk pil perancang yg diambil selepas bersama? Saya ada terdengar rakan bercerita, tp terlupa nama pil tersebut. Selepas melahirkan ank pertama, sy ambil Noriday, tetapi sy pelupa. Selalu miss..then hamil ank kedua. Kemudian ke3..kalo ada sila maklumkan nama pil..terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, ya memang ada tapi hanya sesuai jika tidak kerap bersama dan perlu diambil dengan segera selepas bersama. Namanya Postinor. Oleh kerana kandungan hormon Postinor tinggi dan kadang2 boleh menyebabkan sakit kepala dan muntah, perlu mendapatkannya dari klinik ya

      Delete
    2. Anak saya telah berusia 2tahun. Sejak itu saya mengambil suntikan rancang kehamilan. Sepatutnya saya disuntik 8/10/13, tapi saya terlupa...apa kesan terhadap saya?

      Delete
  19. Salam, saya dh lebih 9thn mengambil pil Regevidon. so far mmg xde masalah, tp skrg dh nk stop & cuba cara lain,sbb dh terlalu lama mkn pil. sekiranya sya berhenti,apakh kesan yg mgkin sya alami?Tq.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam, kalau sudah lama mengambil pil hormon dengan pemantauan daripada doktor, tidak mengapa. Tapi jika beli di farmasi tanpa pemantauan daripada doktor, perlulah berjumpa doktor untuk pemeriksaan darah tinggi, ujian payudara dan pap smear. Oleh kerana risiko pengambilan hormon dan penyakit seperti kanser payudara.

      Delete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Baru,ni,sy ada ambik perancang cucuk .kene period dulu .tp nape doc tu cucuk sy .sy lom period.nanti bln 5 nanti sy akan smbung,lg cucuk tu klu sy lom period bole,ke,sy cucuk ..doc tu dh bg sy apmnt bln 5 tu ..sy jumpe doc pakar o@g sakit puan mase tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. IM Depo biasanya diambil sewaktu period cuma untuk kepastian tidak mengandung sewaktu menerima injection tersebut. Tapi ia boleh diambil bila-bila sahaja asalkan tidak mengandung.

      Delete
  22. askm doc sye ani bu bby 2...nk thu nk tnye np haid sye dtg blk sedang kn dh tkr pil yg br nooriday?bln 1ujung sye mkn tp miss jdi dtg haid pastu behnti haid dlm 2,3 dtg blk jd sye jumpe doc iye kate behntikn yg lme mkn yg br jd sye pon ikut sbb tknan drh,ujian drh,test kehmilan pon tk hml yg lain ok..2mggu lps sye mkn pil nooriday tk de miss tp hri ni dtg haid blk tu seblm tu kami de besame lat 3hr dtg haid np doc?sye dh tk sesuai k mkn pil nooridy ni atau tnde2 knser servik?mse bln 2petghan pn de dtg haid selps besame gak..sye de mkn pil vitamin c dlm 1botol de 3 hasiat 10 000mg tp blh mlm je lgpon msalah ni haid ni dtg seblm sye mkn vitmn tu lg..tQ sudi mmbntu doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumsalam Noraini,
      Kalau masih menyusu badan, boleh teruskan pil noriday. Apabila ambil pil noriday memang haid tidak teratur. Tetapi jika setiap kali bersama ada pendarahan, perlu buat ujian pap smear.

      Delete
  23. salam doc...kalu ambil pil noriday kena bg bby susu badan sepenuhnya ka?sbb sy bekerja,baby kena jg minum susu botol...sy dengar noriday kena makan tk yg smyusukan badan sepenuhnya je..betul ke?baby dah 3bln lebih dah sebulan sy x period..tkut noriday x berkesan pula...sy perlu ganti pil tak doc

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam alesha,
      tak perlu tukat ke pil yang lain selagi mahu menyusukan badan, tak kira anak sudah campur susu ataupun makan. kadang2 pengambilan pil noriday akan menyebabkan haid tidak teratur. jika takut mengandung, berjumpa dengan Dr untuk ujian mengandung ya

      Delete
    2. ok doc...tq..skg masuk 2bln pula x period,risau pula..padahal pil x penah mis makan pn..nti sy try cek upt...taakut mengandung tp still makan ubat perancang..huhu

      Delete
  24. as-salam doc

    seblm ni sy ade amek depo injection.. tp period sy berlarutan selama sebulan..
    sepatutnya kene amek 2nd injection 28hb tp sy tak amek.. takot period berlarutan lagi..
    kalo saya amek pil perancang blh?
    skrg sy telah habis period.. blh teros makan pil perancang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam.
      mula2 memang macam tu. mungkin terlalu awal untuk menukar cara merancang ke pil. sekiranya berlaku pendarahan berlarutan lagi, perlu berjumpa Dr, untuk scan rahim atau pap smear.

      Delete
  25. salam dr..
    sy br melahirkan ank pertama,hari ni dah 65 hr.period sy dah datang last week tapi sket sj dlm 2 hr dah abes.sy fully breastfeed my baby n planning to take noriday for contraception.soalan saya bilakah sy perlu start amk noriday?adakah sy perlu tuggu for next period or bleh start skarang?mohon pencerahan ya dr.tqvm...

    ReplyDelete
  26. Salam Fini, boleh ambil pil noriday, paling sesuai masa period sebab takut kemungkinan hamil

    ReplyDelete
  27. Salam..saya dah 4bln blum dtg period slepas bsalin dan blum bersama suami..than nk tny pd pd minggu lpas saya mula mkn pil noryday sb sy nk bsama suami kmbali..waktu sy mula mkn pil sy masih blum dtg period lg hinga skrg..adakah betul cara pgambilan tu??mohon pjlasan..tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam, jika baru bersalin, boleh ambil pil noriday selepas 6 minngu bersalin, tak perlu tunggu period

      Delete
  28. Salam..sy dah bsalin 4bln xpernah period lg slpas bsalin ank sulong dan myusukn ank dan blom pernh bsama suami lg..seminggu lps sy mula mkn pil noryday & mula bsama suami..semasa sy mula mkn pil sy bkn dlm keadaan period..adakh cra pmkanan sy salah?bila period akn dtg..mohon pjlasan...tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam, apabila makan pil noriday, perlu diteruskan tanpa berhenti. period akan datang tidak menentu

      Delete
  29. salam Dr.

    Saya mempunyai anak setahun sebulan dan masih menyusukan anak. Sebelum ini saya mengambil pil perancang yg dicadangkan oleh Klinik Kerajaan iaitu Oralcon diambil selama 21hr sebulan dan perjalanan haid saya teratur. Tetapi baru-baru ini saya menukar dan mengambil Pil Yasmin, Haid saya menjadi tidak teratur dan masih berterusan selama dua minggu. Saya mencuba Pil Yasmin kerana sebelum ini saya pernah ambil dan tidak mempunyai masalah sehinggalah saya berhenti merancang. Mintak penjelasan dari Doktor kerana selama ini saya tidak pernah mengalami masalah Haid yg berlanjutan seperti sekarang...terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam, ada kemungkinan hormon belum stabil sebab pertukaran ubat hormon yang baru. Perlu diingatkan, pil perancang mesti dimakan teratur, pada waktu yang sama setiap hari ya. teruskan dulu untuk beberapa bulan. Jika masalah haid masih tidak teratur, puncanya perlu dicari. Pastikan Puan ada menjalani ujian Pap smear. Tetapi sekiranya Puan masih menyusukan anak, pil oralcon dan yasmin tidak sesuai digunakan ya.

      Delete
  30. sy nk tanye kalo kte dh ambik suntikan depo nie ada kemungkinan boleh mengandung jgk ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, tiada cara merancang kehamilan yang 100% menghindari dari kehamilan

      Delete
  31. salam,doc.
    Sy nk tny,sy bcdang nk pasang implanon slps sy bsalin nnt. Bila agak nya ms yg paling sesuai??
    Karg ni sy da 8bln mngandung ank ke4. Sblm ni sy pnh mkn pil perancang dan sy xda alahan. Cuma sy ni jns yg pelupa. Ank p1 n ke2 jarak 1 thn 8 bln je. Ke2 n ke3 jarak 2thn 3bln(sy rancang sdri ngn suami). Ank ke3 dan ke4 ni pn jarak 2thn 3bln jg(rancg sdri jugak). Untk pengetahuan doc anak2 sy bf smpai umur 1thn 6bln n ke ats.
    Kali ni sy nak rehat panjang. Nk tumpu pada anak2 yg makin membesar. Umur sy pn da 27thn. So,mnta nasihat doc la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Ash Lee, tahniah kerana hamil sekarang ini. Boleh merancang dengan cara implanon selepas bersalin nanti. Seelok-eloknya, tunggu selepas 6minggu bersalin, apabila susu badan dah mula lancar dan masih belum bersama dengan suami.

      Delete
  32. salam doc,
    saya nak tanya..saya ada ambil pil noriday seminggu selepas period?bolehkah begitu?dulu saya pernah ambil injection utk perancang, tapi 2 mggu selepas inject saya bleeding slama 4 bulan.doc nasihatkan saya tak ambil sebarang pil perancang kerana kekurangan darah. sekarang anak ke2 say berusia 6 bulan dan saya ambil pil noriday baru nak masuk 2 mggu.cuma ingin tahu adakah boleh mula ambil pil ni selepas period dan adakah period saya akan jd tidak teratur selepas ini?terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam. Pil noriday boleh dimulakan pada bila-bila masa sahaja, tapi perlu dimakan setiap hari pada waktu yang sama. Apabila merancang dengan pil noriday, kitaran haid akan menjadi tidak teratur. Ini normal kerana fungsi ovari telah diambilalih oleh pil hormon tersebut.

      Delete
  33. assalammualaikum Dr.

    sy baru bersalin pada 24/1/2013.. sy merancang utk menggunakan kaedah implan utk cegah hamil. sy menyusukan baby. perlu ke saya tuggu 1st period utk membuat implan?? benarkah ada risiko implan hilang/tak dijumpai waktu nk buka semula? ibu sy pernah ade kanser payudara.adakah implan sesuai utk sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam. Saya sarankan Puan menggunakan cara mencegah kehamilan yang bukan hormone seperti IUCD Cu250 sebab ibu Puan mengalami kanser payudara.

      Delete
  34. salam sy nak tanya jika sy mgambil suntikan depo. tp dlm ms yg sama sy memakan jamu @ supplement ada kah boleh dan tiada kesan sampingan ke pd suntikan itu.takut suntikan itu tak mjadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam suriyaty, ianya bergantung pada apa ada dalam jamu atau supplement yang diambil, jika mengandungi hormon, mungkin akan mengganggu kaedah persncangan keluarga

      Delete
  35. salam jika sy mbil noriday dln 2bln lepas tu sy btukar kpd suntikan depo ada kesan tak

    ReplyDelete
  36. Salam Dr.. isteri saya menggunakan implanon masa baby dua bulan sekarang dah 3 bulan pakai implanon. sampai sekarang tak datang period lagi.Tp kesan pakai implanon seluruh badan isteri sy sgt gatal. Apa yang paling menyedihkan susu badannya berkurang sgt ketara. Sebelum pasang implanon susu tersangat banyak. dah cuba mcm2 supplement tambah susu spt shaklee dan homeopati tp susu masih kurang. Sekarang masih berjuang bersungguh2 utk bg baby kami fully breastmilk. Ada tak kemungkinan isteri saya mengandung memandangkan perut isteri sy besar dan baby pula kerap hisap jari kaki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ada juga kemungkinan mengandung, bolehlah buat ujian air kencing dulu. Untuk tambahkan susu, pastikan isteri mengepam atau memberi susu badan pada bayi setiap 2 jam

      Delete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  39. salam doc..sy nak tanye sblm ni sy periode xteratur disebabkan suntikan depo.then sy stop n doctor bg sy pil regular periode iaitu YAZ...adakah pil YAZ tu juga dikategorikan pil perancang dan adakah sy boleh mengandung lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, ya, pil tersebut memang pil perancang, kalau ingin mengandung, cuma perlu berhenti pil tersebut dan hormon dalam badan akan kembali normal.

      Delete
  40. Salam doc,
    Nak tanya sikit, 3 bln lps sy ambil injection dan sepatutnya inject lg 2 hari lps tp terlupa..bile boleh sy sambg injection semula? Sbb nurse kat klinik de pesan klau dah terlepas tarikh die xnk inject..Atau ade cara lain x? Untuk info sy belum bersama suami lps tamat tempoh 3 bln tu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, boleh teruskan injection im depo asalkan tak terlalu lama

      Delete
  41. salam doc..
    minta pendapat doktor yer. sy sudah disahkan hamil 12minggu. mempunyai 4 org cahayamata. Sy akan mengalami GDM setiap kali mengandung & akan bakal mengambil insulin. Adakah cara merancang cara BTL sesuai dgn saya setelah bersalin nti. sbb 1st baby sy operation 2nd sy normal tp cervical tear masuk ot anak 3&4 alhamdulillah normal. tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam atiqah, jika sudah cukup 5 org anak, bolehlah melakukan btl. Perlu diingatkan btl ialah permanent, sekiranya inginkan anak suatu hari nanti, tak boleh lagi berpatah balik. Btl ialah cara paling selamat jika betul2 tidak mahu mengandung lagi atau apabila mengandung akan memudaratkan

      Delete
  42. salam doc,
    sy baru 50 hari melahirkan anak yg pertama dan merancang utk mengambill suntikan, tapi smpai hari ni,darah masih lg keluar, ada kemungkinan ke yg tu bkn darah nifas tp darah haid?sewaktu hmpir penghujung pantang,darah hampir kering tp selepas berurut utk hari terakhir pantang,darah keluar semula...
    dan nak tahu, brapa lama jarak yg sesuai utk tukar dr 1 kaedah perancang ke perancang yg lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam, mungkin darah haid sebab nifas dah habis pada hari 50. Untuk menukar kaedah merancang, tunggu 2-3bulan jika kaedah sekarang ialah suntikan, bergantung pada jenis suntikan yang diambil

      Delete
  43. Salam dr,

    Apakah kesan pengambilan pil postinor bg ibu yg menyusukan anak? Dan apakah kesan2 sampingan lain?
    Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam rehanur, postinor bukanlah cara terbaik utk merancang ketika menyusu badan. Hormon dari postinor akan keluar melalui susu badan, namun tidak menyebabkan kemudaratan pada bayi.

      Delete
  44. salam dr
    saya br brhenti makan pil perancang..masalahnyanya period saya terlalu panjang dan kerap sampaikan 2 kali dalam sebulan ..normal ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam zidzah, apabila berhenti mengambil pil perancang, badan akan mengambil alih untuk mengeluarkan hormon, ada kalanya ia belum stabil dan menyebabkan period tidak teratur. Keadaan akan menjadi normal selepas 3 bulan

      Delete
  45. salam doc, saya baru mengambil implan sebulan yg lalu, sebelum ni sy tak pernah mengambil sebarang pil perancang..doc kt lppkn tu dh bgtau effect psg implan ni, alhmdulillah dlm masa sebulan ni, saya dtg haid, berat badan sy tak naik, dan tiada effect2 yg dinyatakan pd sy..adakah kesan yg x baik tu lmbat berlaku atau memang sy serasi dgn implan ni?tq in advance..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ummufathi, alhamdulillah, ya ini mungkin menunjukkan badan ummufathi serasi dengan kaedah implan :)

      Delete
  46. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  47. Saya siti, saya da terlewat mkn pil perancg yasmin 2 jam 30 minit 4 hari lalu.. tpi sya teruskan juga mkn pil tu.. adkah saya berkemungkinan akan mengandung? Pls reply, rsau saya doc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Siti, inshaAllah things will be ok

      Delete
    2. Kalau lewat 4 jam? Tak boleh tido duk pk ni.anak kecik ag. :(

      Delete
  48. salam doc,saya ema..saya baru mencuba perancang kaedah suntikan 2blan skali..slpas ambil suntikan saya mengalami migrain yg truk..adakah kaedah ini tidak sesuai dngn saya.next injection bulan 8.saya bercadang untk stop injection dan ingn mengambil pil perancang.blakah masa yg sesuai untk sya mengambil pil?adakah perlu saya menunggu piriod bru boleh mengambil pil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ema, jika suntikan hormon menyebabkan migrain yang teruk, ada kemungkinan kaedah pil juga sama. Saya syorkan kaedah tanpa hormon iaitu Iucd Cu250

      Delete
  49. Assalamualaikum doc,
    Saya mimi berumur 31 thun. Anak 3 org. Saya menggunakan implanon selama 10 bulan. Bulan pertama period saya tak datang. MAsuk bulan kedua dan sterusnya period saya datang sebulan 2 kali dan panjang (2 minggu lamanya). Kini saya sering mengambil ubat pencegah period iaitu SUNOLUT. Dimakan setiap hari. Habis ubat, period akan dtg semula. soalan saya
    i) Adakah implanon tidak sesuai dgn saya?
    ii) Apakah kesan SUNOLUT jika diambil selalu?
    iii) Perlukah saya membuang implanon & menggunakan kaedah lain yg lbih sesuai?

    Terima kasih atas pandangan ddoktor. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Mimi, kemungkinan kaedah implanon tidak sesuai. saya sarankan keluarkan implanon dan cuba cara lain seperti pil perancang atau iucd yang mana period akan lebih lancar dan tidak terlalu lama

      Delete
  50. Salam Doc, saya baru melahirkn anak yg berumur3 bln .period pertama pada 1 hb tetapi sampai sekarang 4hb period tak dtg. sblm ini period sentiasa mengikut masa yg tetap. pada 2hb nie saya telah pergi ke doktor pakar sakit puan dan telah sahkn saya tidak mengandung melalui urine test. saya terus ambil injection depo.
    i) adakah saya boleh mengandung walau dh ambil injection tersebut?
    ii) adakah perlu saya bt urine test sekali lagi?
    tq dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumsalam Norafizah, selepas melahirkan anak memang period masih tidak menentu lagi. Ujian air kencing tidak salah jika mahu diulangi.

      Delete
  51. assalamualaikum...sy telah mengamalkan pil perancang selam 3 tahun 10 bulan.dimana pd 6 bln pertama sy telah mengambil pil noriday.selepas itu brlah sy mengambil pil perancang rigivedon sehingga 3. jun 2013.priod sy yg terakhir pd 23 mei 2013 dan sy mula start mkn pil pek baru 21 biji pd 27 mei 2013.Sepatutnya bermula 27 mei-2 jun 2013 sy perlu mkn pil tersebut setiap hari.walaubagaimanapun sy cuma mkn 4 hr saja dan 3 hr lagi sy x ambil pil tersebut..sbb sy rasa mls nak mkn dan cdg nak stop pil..pil last yg sy mkn pd 2 jun,kemudian sy trs stop dan pd 7 jun 2013 sy telah datang haid sekali lg selama 4 hr.pd 11 julai 2013 genap 35 hr dr trkh period yg last sy dtg haid lg tp kali ni haid tersebut tidak seperti biasa iaitu hanya sekadar calitan,titik warna coklat muda dan merah yg cair dan samar..pd hari kedua hr ni keadaan tersebut msh lg sama..seakan2 darah tersebut tidak keluar hya skdr calitan..sy risau dan mohon jasa baik Dr utk memberi penjelasan lanjut tentang masalah tersebut..adakah normal situasi itu selepas sy berhenti mengambil pil perancg.tq Dr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam. Puan mengambil pil hormon tidak teratur menyebabkan kitaran haid juga tidak teratur. Hormon akan kembali sediakala jika diberi sedikit masa lagi

      Delete
  52. sy ada amik suntikan sekali dan tempoh 3bulannya dah tamat. semenjak ambil injection period dtg tak sudah2. tak banyak..sikit2 shaja. even sekarang da 2minggu abis pun still darah keluar.sy da tak amik suntikan. adakah normal ke tak?sampai bila efect dia nak abis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Puan Zalina, walaupun suntikan tiga bulannsekali, ianya untuk memastikan tiada kehamilan berlaku. Tetapi ubat yang telah disuntik akan berada di dalam badan lebih kurang sehingga 6 bulan atau lebih.

      Delete
  53. salam. saya telah ambil suntikan depo kali pertama pada 27/6/13 selepas melahirkan baby pertama pada 30/4/13. lepas abis pantang, priod saya datang. tp saya muskil kenapa priod saya datang sikit2 tapi lama.skrg dh hampir 12hari masih belum kering. apakah ini normal sebab kesan suntikan atau saya perlu jumpa doktor? sbb sebelum ni priod saya normal (7 hari setiap bulan). apakah tempoh priod saya akan berterusan begitu? apa yang perlu saya lakukan untuk normalkan semula priod saya? saya juga mempunyai background family yg mempunyai sakit kencing manis dan darah tinggi. bolehkan saya teruskan untuk suntikan seterusnya atau berhenti suntikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Srimanisa, masalh yang dialamimsekarang adalah disebabkan suntikan depo, kadang2 permulaan memang begitu. Jika inginkan period setiap bulan, cuma pil hormon atau iucd shj yg sesuai.

      Delete
    2. Sejarah penyakit dalam keluarga tidak menggangu cara merancang kehamilan seseorang. Puan boleh teruskan suntikan seterusnya.

      Delete
  54. Assalamualaikum.. saya nak bertanya, sy dah lewat period 8 hari. sepatutnya period 20/7 hr tu. dah 2 kali saya buat UPT tp result negatif. untuk makluman anak sulung saya baru berumur 5 month ++ dan fully BF. sy start period selepas habis nifas. perancang keluarga yang saya ambil suami pakai kondom. xkira sama ada waktu sy subur atau tidak mmg tetap amik kondom even sebelum mulakan hubungan suami isteri untuk prevent saya dr mengandung.

    ada kemungkinan ke sy pregnant juga walaupun langkah pencegahan kondom telah diambil dan test upt 2 kali negatif? n then ada kemungkinan ke period saya xdtg sbb sy fully BF n dalam masa yang sama berpuasa so hormon saya terganggu. sy sgt resah sekarang sbb period xdatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam. Ada kemungkinan perubahan hormon menyebabkan tiada period. Untuk pengesahan, boleh ke klinik dan lakukan ujian darah hcg quantitative yg blh mengesan kehamilan peringkat awal

      Delete
  55. Assalamualaikum wbt
    Doctor,
    Hari ini adalah hari ke-49 saya selepas bersalin dan masih belum bersama suami.
    Selepas hari ke-40, saya telah period.
    Berikut adalah persoalan saya:-
    1-boleh tak saya ambil pil noriday sekarang atau perlu tunggu next cycle period?
    2-perlukah saya tukar pil bila baby tidak lagi exclusive breast feeding (siang susu formula, malam & weekend direct breast feeding)
    3-perlu ada jarak masa sebelum bersama suami selepas hari pertama saya ambil noriday?

    Yana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Yana,
      1)boleh start pil noriday sekarang, tak perlu tunggu
      2)selagi breastfeeding, teruskan pil noriday atau cerazette
      3)pil noriday tidak bertindak serta merta, masih perlu berjaga-jaga untuk permulaan, guna kondom juga

      Delete
  56. Salam..

    Saya bakal berkahwin..bakal isteri saya masih lagi belajar dan kami tinggal berasingan..apa pilihan yang terbaik untuk kami?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam shafiq,
      Jika tinggal berasingan, bolehlah menggunakan kondom ketika bersama atau isteri boleh mengambil pil postinor selepas bersama hanya jika kekerapan 2-3kali sebulan. Jika lebih kerap, isteri boleh merancang dengan cara pil yang perlu dimakan setiap hari walaupun tidak bersama, atau suntikan im depo 3 bulan sekali sehingga bersedia untuk hamil

      Delete
  57. hai doktor . saya nak tanya tentang suntikan depo. 1st suntikan diberi 9/5. dalam kad kuning next app 13/6 . saya lewat sebab saya misplaced kad kuning. datang haid dh lewat 4 hari since last cycle of period. baby bru 5bulan, premature. is it possible if saya pregnant kalau terlewat ambil suntikan depo or tarikh app saya HM salah tulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Debbie, suntikan im depo biasanya tiga bulan sekali, ada juga yang sebulan sekali sehingga 3 kali dan seterusnya 3 bulan sekali. Memang ada possibility of pregnancy kalau terlambat suntik. Cuba bincang dengan nurse yang memberi suntikan tersebut untuk keterangan lanjut.

      Delete
  58. salam dok,
    saya ibu kepd 3 org anak,berumur 37 thn,anak paling bongsu sekali 14 thn,selama 14 tahun ini saya telah merancang mengunakan pil kombinasi,last sekali tiga bulan yang lalu saya try pil diane 35,mau menstabilkan hormon,kerana haid saya sangat sedikit dan jerawat keluar silih berganti,lepas ke tiga papan saya makan, jerawat tiba2 tumbuh dgn lebih teruk,jadi sekarang saya telah behenti mkn mana2 pil dalam 1 bulan ini dan minta nasihat dok apa yang perlu saya lakukan kerana saya dan suami merangcang memang stop untuk mendapat kan anak memandangkan saya bekerja juga,kalau nak pasang iucd tu saya tak sanggup kawan kata sakit,implan mahal sangat lah tapi saya dan husband agak jaranglah berhubungan intim memandangkan masing2 sibuk,saya mohon nasihat dok,tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Hayani,
      Untuk pengetahuan hayani, pemasangan iucd tidak sakit, ia seperti prosedur melakukan pap smear sahaja. Biasanya ubat bius akan dispray di dalam vagina untuk mengurangkan rasa sakit. Harganya juga murah.
      Implanon pula walaupun harganya mahal sekaligus, ia boleh bertahan selama 3 tahun, jika dibahagi selama 3 tahun, hanya rm14 sebulan sahaja.
      Kedua-dua cara ini paling baik sekiranya inginkan perancangan yang agak lama

      Delete
  59. Setelah mengambil suntikan depo setelah melahirkan anak pertama haid saya jd tidak teratur tidak seperti sebelum ni.Sekiranya ingin menjarakkn kehamilan selama 3 tahun adakah selama 3 tahun haid saya tidak teratur?kadang kala saya juga berasa pening & mual. Adakah peratus kehamilan tinggi wlwpn sudah mngambil suntikan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Fatin, memang haid tidak teratur apabila mengambil im depo. Ada kemungkinan haid akan berterusan begini sehingga berhenti suntikan. Masih ada yang mengambil suntikan depo hamil, namun jumlahnya rendah, dalam lingkungan 3% sahaja

      Delete
  60. salam,saya ada nak tanye, saya pernah mengambil perancang jenis suntikan, 2kali saja dan berhenti sebab xdatang haid, masalahnya dah setahun dari tarikh suntikan last saya masih xdatang haid, ini membimbangkan saya,saya merancang ingin tambah anak lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Suhana, selepas 6 bulan, jika masih tiada haid bukanlh disebabkan oleh suntikan hormon. Kemungkinan, ovari tidak mengeluarkan hormon dan telur. Perlu berjumpa dgn doktor dan lakukan ujian hormon darah ataupun air liur untuk mengetahui keadaan hormon dgn lebih lanjut

      Delete
  61. SALAM DOC...
    SAYA INGIN BERTANYA, SAYA SUDAH 3X MENGAMBIL SUNTIKAN DEPO
    HAID SAYA SETIAP BULAN HANYA DTG 3-4HARI SAHAJA...
    TETAPI SEJAK MENGAMBIL SUNTIKAN SELERA MAKAN MAKIN BERTAMBAH... CUMA SAYA XTAHAN SENDI2 KERAP SAKIT N KEBAS2. JADI SAYA MENGAMBIL JAMU MAK DARA UNTUK TUJUAN PANASKAN BADAN... ADA EFFECT KE DOC? N UNTUK MAKLUMAN SAYA IBU 2 ORG ANAK DILAHIRKAN SCARA CZER.

    CUCUK DEPO ADA KEBARANGKALIAN BOLEH TERMENGANDUNG KE?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm, saya tidak pasti kandungan jamu mak dara, oleh itu effect pada badan tidak diketahui. Im depo ada juga risiko mengandung, tetapi risikonya rendah sekadar 3% sahaja

      Delete
  62. salam doc... saya nk tya, boleh ke saya makan durian..selepas 2-3 jam membuat suntikan depo ni...?

    ReplyDelete
  63. salam doc..
    pil perancang yg mana tidak akan mengurangkan susu ibu ye?
    saya dapat pil oralcon dr klinik...tp xmkn lg nihh..bimbang susu akan berhenti...minta pandangan doc..syukran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, pil oralcon akan mengurangkan susu badan dan tidak disyorkan bagi ibu yg menyusu badan. Pil yg sesuai ialah noriday atau cerazette

      Delete
  64. Salam doc.. sy kini sedang menyusu anak pertama.. manakala saya dan suami tggl bjauhan bjumpa hanya sebulan sekali itupn hny utk bbrapa hari. Jadi apakah kaedah atau pil manakah paling sesuai diambil untuk merancang kehamilan noriday atau postinor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, untuk ibu yang menyusukan bayi, pil noriday disyorkan, tetapi pil noriday perlu diambil setiap hari tanpa berhenti walaupun jarang bersama suami

      Delete
  65. salam doc...saya ada sedikit kemusykilan,saya ada dengar pendapat yang mengatakan org yg mengambil IUCD boleh menyebabkan kanser servik?sumber tu diperolehi dr nurse sndiri...betul ke?ada juga yg cakap kanser serviks boleh terjadi kalau ambil yg 5 tahun punye je...tolong bg pencerahan sikit..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, iucd tidak menyebabkan kanser servik. Kanser servik berpunca dari virus dan boleh dicegah dengan suntikan cervarix atau gardasil

      Delete
  66. salam doc..saya baru pertama kali mengambil suntikan depo sbg perancang keluarga selepas melahirkan anak ke3 pada 20.08.2013 baru2 ini. apa yang memusykilkan saya, pada 4.9.2013 di kawasan suntikan tersebut menjadi bengkak dan sakit bila disentuh. Adakah ia kesan sampingan yang normal atau adakah sebab pemakanan saya sbb pada 3.9.2013 tu saya ada makan sotong..mohon nasihat doktor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Sue, mungkin sewaktu cucuk ada kuman sudah memasuki kulit dan bengkak seperti abscess. Ada kemungkinan perlukan antibiotik, perlu berjumpa dengan doktor ya

      Delete
  67. doc, saya melahirkan anak ke3 pada 20.12.2012 dan suntikan perancang kali pertama pada 20.08.2013.

    ReplyDelete
  68. salam doc,,
    saya telah mengambil suntikan kali kedua pada bulan 6 yg lepas..tapi sejak sebulan yg lepas period saya masih belum berhenti..adakah ia normal? dan adakah saya boleh solat seperti biasa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam iema, kadang-kadang suntikan depo boleh menyebabkan pendarahan yang berlebihan. Jika ia berterusan mungkin perlu tukar ke cara lain ya seperti pengambilan pil. Selepas 14hari, bukanlah darah haid lagi, puan boleh solat seperti biasa

      Delete
  69. Salam, sy adalah pengguna iucd..alhamdulillah sudah hampir 4 tahun dan tiada sbrg masalah...cuma sy nak tanya pendapat doktor jika sy mahu hamil semula bila jangka masa yang perlu diambil utk sy keluarkan iucd tersebut..adakah selepas iucd dicabut sy akan boleh terus hamil atau kena lalui treatment kesuburan terlebih dahulu...thanks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Deela, jika iucd copper type, bila dikeluarkan dan terus cuba utk hamil kerana tiada gangguan hormon

      Delete
  70. Saya br lps bsalin cezer kali ke3 dan btl.skrg dh msk 2 mggu sejak 3.4 ari prt belah kanan sakit sgt la.kenapa ye doktr? Parut cezer ok..kering..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bby dh msk 2 mggu.cuma sejak 3.4 ari ni skt prt belah knn.

      Delete
    2. Salam puan siti, lebih baik berjumpa dengan doktor semula, takut ada jangkitan kuman di dalam

      Delete
  71. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  72. assalam..sy mengalami kegatalan kulit hampir seluruh badan, adakah hal ini disebabkan pengambilan pil perancang yg sy mulakan setahun lepas..patut kah sy berhenti mengambil pil perancang..terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Nurany, jika gatal ini mula sejak mengambil pil, ada kemungkinan alergi pada kandungan di dalam pil. Tapi jika gatal ini baru bermula, tidak mungkin ianya berpunca drp pil. Cuma elakkan makan produk tenusu dwn hasil dr produk tenusu

      Delete
  73. salam. sya nk kongsi ttg cara cegah hamil ni. sya telah pakai iucd slma 3 thn dan psg smula utk 3thn lg. tp hya slps 1 thn sya tlh disahkn menfndung. jd kaedh ni tk betul2 dpt cegah hamil

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam pn hanie, tiada cara merancang yg mencegah kehamilan 100%. Apabila menggunakan iucd, tali iucd perlu diperiksa setiap bulan dan lakukan scan pelvis utk memastikan kedudukan iucd di fundus rahim

      Delete
  74. salam saye nk tnye, pil prancang ni mmbuatkan libido kite rndah ke? saye mkn pil regividon, saye bru stop mkn mnggu ni, mcm mne care mngatasi libido yg rndah 2 ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam aman, pil perancang berasaskan hormon, jika terdapat perubahan hormon, memang akan menjejaskan libido

      Delete
  75. as,salam...
    Saya mengambil pil noriday kerana saya masih menyusukan anak..7 bulan...
    terkadang saya terlupa ambil pil. tetapi pada masa itu saya tidak bersama dengan suami... adakah ia akan mendatangkan sebarang kesan ini kerana saya mendapati pil noriday harus diambil setiap hari tanpa henti. adakah dengan hal ini saya boleh mengandung. untuk pengetahuan doctor jugak saya belum kedatangan haid lagi sejak saya habis pantang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam pd daya, pil noriday mmg perlu diambil setiap hari untuk mencegah kehamilan. Jika puan sering terrlupa, lebih elok ambil im depo

      Delete
  76. as salam doktor..sy baru je mndptkn suntikn depo yg prtama pada 24.9.2013..sy byk mndptkn mklumat ttg kaedah cegah hamil dr web ttp lupa nk cati brknaan kbaikn dn kkurangan ssuatu cara..adakah sy akn dtg haid jika sy fully breasfeeding eksklusif sehingga 6bulan?terimakasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam pn farah, apabila hormon telah disuntik, badan tidak lagi mengeluarkan hormon seperti biasa, kitaran haid akan terganggu. Samada akan datang haid atau tidak, bergantung pada reaksi badan terhadap hormon yang telah disuntik

      Delete
  77. Salam doktor..sy bersalin cezer ank 1st..belum bersama suami dan belum ambil ap2 kaedah pencegahan..pertama kali period smasa hari ke 50 lebih xsure 50brapa slma 5hari..skra baby da 4 bulan..sy runsing nk ambil kaedah prancg ap....ap pndapat doc..kaedah ap paling ok n xbnyk risiko..klu implan ok x? Klu nk buat implan tu msti kene waktu period ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam pn mashitah, oleh kerana bersalin ceaserean, lebih elok jika perancangan itu lebih lama seelok-eloknya tiga tahun supaya luka benar2 sembuh. Semua kaedah hormon ada risikonya tersendiri. Jika implan yang dipilih, sebaik-baiknya sewaktu period untuk memastikan tidak hamil. Tapi jika belum bersama dgn suami, bila2 masa pun boleh

      Delete
  78. Salam dr.sy nk tny.sy ade anak umur 3 bulan full bf.mase dalam pantang sy ad bg susu formula sbb die ad kuning.nurse kk bg sy pil regividon sy mkn dh sebulan,skrg sy da xde bg susu frmula lg.tp spnjg sbuln sy mkn pil ni susu ckup.jd sy nk tny perlu ke sy tkr pil sbb sy dgr x berkesan if full bf n mkn pil ni.tkot termengandung,n nk tny mkn pil2 ni blh pancut dalam ke.tkot pulak lekat,trm ksh dr,S

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam pn fierya, pil rigevidon ialah pil kombinasi estrogen progesterone dan tidak sesuai jika menyusukan anak kerana estrogen akan keluar melalui susu kepada bayi. Puan perlu tukar ke pil cerazette atau noriday yang lebih selamat utk ibu menyusu. Tiada kaitan antara menyusukan badan dan keberkesanan pil perancang. Kesemua kaedah jika dimakan atau diguna dengan betul, keberkesanannya ialah 95-97%. Jika mengamalkan kaedah ejakulasi di luar, ini boleh mencegah kehamilan juga

      Delete
  79. Salam doc.. sy dh ada 4 org anak.. sebelum ni sy menggunakan kaedah implant n ia mmg x berkesan krn period lnsung xteratur.. slps keluarkn implant, dua bln slps itu sy mengandung n melahirkn anak ke 4.. kini sudah 1 thn sy beri susu badan.. n menggunakan pill noriday.. masalahnya sy kerap datang period dan lama.. permulaan hya berwarna coklat hingga 3-4 hari kemudian baru keluar darah period.. kemudian selang 10-14 hari terjd lg.. fyi.. sy mkn noriday setiap hari tp bkn pd jam yg sama.. kdg2 lewat sejam..kdg2 scepat srtengah jam.. bgmana doc.? Sy kini berada di luar neg n sgt sukar tuk berinteraksi ngan doc mereka. Hrp doc dpt mmbntu..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam pn yan, pil noriday kadang2 boleh menyebabkan haid tidak teratur, perlu diambil pada waktu yang sama. Cuba tukar pada pil cerazette, yang mana pengambilan pil boleh terlewat sedikit sekitar maximum 12jam

      Delete
  80. assalammualaikum doc.umur saya 19 dan belum berkahwin.saya ada masalah untuk datang haid secara normal.kadang2 berbulan haid sy tak dtg.dn sy dah berjumpa dgn doc pakar dan dia suggest untuk sy pil rigevidon.alhamdulillah selepas 21 hari mkn ubat tu haid sy dtg scr normal.dan tiba2 pulak sekarang haid sy tidak kembali .apa perlu sy buat ye doc?ada suggestion lain tak? setahu sy ubat rigevidon ini bila makan berat makin bertambah.sy pun dpt rasa time tu berat bdan sy naik. sy cemburu melihat kawan sy dapat teruskan haid secara normal dan sy tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, haid tidak teratur disebabkan hormon yang tidak stabil. Saya sarankan buat pemeriksaan lanjut untuk hormon melalui ujian air liur yang lebih tepat pada hari ke 21, dan mungkin memerlukan peggantian hormon bio-identikal dalam bentuk krim yang lebih selamat daripada pil hormon regividon. Bolehlah hubungi klinik Timeless di 0378808486 utk keterangan lanjut

      Delete
  81. Assalam, nak tanya. sy dah ambil suntikan depo lebih kurang setahun lebih. period jadi tak normal. sekarang sy nak bertukar ke pil perancang yasmin. tarikh last sy ambil suntikan pada 1/08/2013 dan next suntikan pada 17/10/2013. bilakah masa yg sesuai utk ambil pil yasmin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, seelok-eloknya selepas haid tapi jika tiada haid, mulakan 2 bulan dari tarikh last depo injection, jika depominjection delakukan setiap 2 bulan

      Delete
  82. salam.doktor.sy nk tnya ckt sy mempunyai masalah gastrik.apakah kaedah perancang keluarga yang sesuai untuk sy?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, saya sarankan penggunaan kaedah tanpa hormon seperti kondom atau iucd cu250

      Delete
  83. salam doktor.sy bru melahirkan ank kedua.Jarak kelahiran ank pertama dan kedua sy sgt rapat.Jadi sy terus membuat keputusan untuk mengambil suntikan depo sebagai perancang keluarga.Menjadi kerisauan sy sekarang sejauh mana keberkesanan suntikan tersebut sebagai 'pelindung' jika saya bersama suami selepas 2 hingga 3 jam selepas suntikan diberikan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, suntikan im depo tidak bertindak serta merta, ia memerlukan masa seminggu ke 2 minggu

      Delete
  84. salam dokto.. selepas saya mengamalkan pil perancang selama sebulan.. period saya tak normal.. darah bercampur lendir..selama dua hari... selepas itu kering saja.. boleh dokto terangkan kpda sy..bolehkah period sy kembali normal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, ada banyak pil perancang, yang mana satu yang Puan ambil? Jika pil hormon progesterone sahaja, ada kemungkinan berlaku seperti ini. Pil kombinasi jika diambil dengan cara yang betul, haid akan teratur semula

      Delete
  85. As Salam, ank kedua saya berumur setahun sebulan dan masih breastfeed. saya masih keliru dalam memilih perancang yg sesuai..dan period saya tidak teratur. boleh dikatakan 2bln sekali dtg. adakah suntikan depo sesuai dan bila perlu saya ambil suntikan?apabila dtg period atau skrg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, sekiranya masih menyusu anak, pilihlah antara iucd cu250, implanon, kondom, pil noriday atau cerazette, im depo. Suntikan depo boleh diambil tetapi haid tak mungkin akan teratur dengan suntikan depo. Disyorkan ambil im depo sewaktu haid untuk memastikan tidak hamil. Disyorkan juga ambil im depo sebelum Puan bersama dengan suami. Jika ada kemungkinan haid lambat lagi datang, lakukan ujian kehamilan, jika negatif, bolehlah teruskan dengan im depo

      Delete
  86. Salam dktr. Sy sdg hamil 38 mnggu dan merancang untuk mngambil perancng k3hamilan. Bg dktr, apkah cara perancang yg baik untik sy jarakkn kehamilan memandangkan gap anknsulong dan skrg hanya setahun.jika sy mngambil implan adakah kesuburan sy akn ters berubah? Bilakah masa yg sesuai untuk pakai implan, memandangkan sy dgr ramai yg akn drop susu nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Siti, penurunan pengeluaran susu badan boleh disebabkan oleh pengambilan hormon, stres, kurang stimulasi samada daripada bayi atau mengepam susu. Biasanya, selepas 6 minggu bersalin, bolehlah mulakan cara mencegah kehamilan sebelum bersama dengan suami. Gunalah cara tanpa hormon sekiranya takut kekurangan susu badan seperti Iucd cu250

      Delete
  87. As salam dr,
    Saya ibu kpda 2 org ank..jrk ank pertama dgn kedua 3 tahun... baru2 ni pd 4hb saya tlh mngambil im depo....selepas sehari saya telah bersama ..adakah berkemungkinan saya akn mngandung?tetapi dlm mse yg sama sya blum period n fully BF...tpi saya mngamalkan produk esp n suppliment alfafa..peratus utk mngandung adakah tinggi??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, im depo tidak bertindak serta merta.

      Delete
  88. salam doc,,sy dah hampir setahun menggunakan pil mercilon. pada 20/10 yang lalu saya sepatutnya memulakan pek yang baru tetapi saya telah terlupa untuk memulakan pek baru dan saya telah bersama suami saya. bolehkah saya terus memulakan pek baru sekarang??

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaikumussalam pn hazleen, perlu tunggu haid dulu dan mulakan pek baru ya

      Delete
  89. a'kum doc,
    saya bakal melangsungkan perkahwinan akhir bln ini,saya dan bakal suami masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata ekoran bakal suami masih lagi belajar sambil bekerja, apakah jenis pil perancang yang sesuai untuk saya ambil dan mudah di dapati di farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, ada banyak jenis pil perancang, semuanya adalah hormon dan mempunyai risiko seperti darah tinggi, darah beku dan kanser payudara. Cik perlu mencuba untuk mengetahui kesesuaian hormon dan badan. Saya tidak mengesyorkan pembelian di farmasi. Sila rujuk dengan doktor di klinik berdekatan ya...

      Delete
  90. Salam doc,
    Saya dah ambil noriday selepas lahirkan anak ke-2 pada april lepas. Tapi sejak 2 hari yg lepas sy da start dgn rigevidon sbb anak saya dah 6 bulan. sepanjang ambil noriday sy tak de ape masalah, berat pon x naik mendadak, period pon tak pernah datang lagi.... tapi sejak 2 hari ambil rigevidon ni, pagi tadi sy dah dtg period sikit dan kepala saya mcm pening sikit. perot sy pon asyik sakit jer.. doc rase patut ke sy hentikan ambil rigevidon sekarang atau tunggu sehingga habis 21 biji tu dan lihat kesan selepas tu. Biasanya, kesan mkn rigevidon ni kita dpt lihat seawal 2 hari ke? thnx doc..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, mungkin effect drp penukaran pil hormon, bolehlah teruskan regivedon sehingga habis 21 hari

      Delete
  91. Assalamualaikum Dr Lina.
    Sya ada amek injection depo pada 10/9/13. ketika itu sya period. Tarikh period sya bermula dr 31/8/13 - 14/9/13..
    sya pernah baca blog dr.zubedi kesan depo bermula dr hari ke 7 selepas injection.
    Slepas dr tarikh last period bln 9 smpai skrg sy xperiod. tp masa 13/11 baru ni sya ada buat pepsmil dan nurse tegur ada sikit drh keluar. slps pda buat pepsmil dlm 3hari ada spot darah gelap. tp cuma sekali shj dlm shari ada spot tu. lepas tu sya ada rasa mcm nk period sbb xselesa d bahagian vagina tp xperiod2 pn smpai skrg. kira skrg smnggu sy rasa xselesa. dan da dua malam start (21/11 & 22/11) sy xblh tdo mniarap sbb rasa xselesa kt perut.mcm ada benda.dan symptomp ni sama mcm masa mula2 sya hamil ank 1st. harini kul9 pagi sya ada cek urin tkt pegnan. tp -ve.. adakah sya perlu tgu dlm seminggu lg utk wt urin test? atau sy mmg tidak hamil? knp sya rasa xselesa bla meniarap. sy mmg jnis suka tidur meniarap.selama sy inject depo dan period xteratur sya xpernah alami symptomp sprti skrg..apa pendapat Dr?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, memang period tidak tetap apabila menggunakan kaedah im depo. Lakukan ujian kehamilan sekali lagi selepas satu minggu untuk kepastian

      Delete
  92. Salam doctor,

    Anak saya berusia 1thn3bln,fully bf dan saya mengambil pil noriday.Soalan saya :-

    i) Perlukah saya menukar pil perancang yang lebih kuat kesannya memandangkan ada pendapat mengatakan ianya hanya sesuai sehingga baby berusia 6bulan sahaja?

    ii) Saya ingin menggunakan kaedah iucd tp doktor mengatakan ia hanya boleh dilakukan sekiranya saya telah datang haid.Tidak bolehkah ia dilakukan walaupun saya belum datang haid?

    Sekian soalan saya

    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam, pil noriday boleh digunakan selama waktu menyusukan bayi. Kaedah iucd dilakukan selepas haid kerana dinding rahim nipis ketika itu, iucd senang lekat, jika nak dilakukan sebelum kedatangan haid sebaik-baiknya 6 minggu selepas bersalin

      Delete
  93. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  94. Salam doktor,

    Saya hampir genap 2tahun mengambil suntikan depo bg menjarakkan kehamilan. Saya ada juga membuat reseach di internet akan kesan buruk injection ini dan membuat keputusan utk berhenti mengambilnya. Sebelum ini saya sudah setahun tidak period. Kemudian saya mengambil maajun sebagai makanan tmbahan dan period saya datang sebulan lepas itu. On off juga lah dan period terakhir saya pada 3bln lepas. Sekarang period tp kuar blood spot sb saya tak makan maajun.Saya dan suami ingin menambah anak lagi. Berapa lama ambil masa untuk kembali normal? Adakah selepas saya stop injection saya akan mgandung serta merta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam nadia, biasanya seleps imdepo, akan ambil masa untuk kembali subur antara 6bulan ke setahun. Period tidak normal disebabkan banyak perkara seperti stress, peningkatan berat badan. Perlu juga dilihat dari aspek berikut ya. Saya sarankan untuk berhenti maajun, teruskan pemakanan sihat dan pastikan berat badan normal untuk kembalikan kesuburan

      Delete
  95. Assalamualaikum doc..sy ingin bertanya saya ambil suntikan depo pd 3/9/13 dan sepatutnye 26/11/13 depo ke2.tp sy tersilap tengok tarikh..sy ingatkan 29/11/13.saya sudah pergi klinik n misi tak bagi saya ambil depo lagi tunggu haid bulan depan baru depo semula.masalah sekarang dr tarikh 3/9 tu smp hari ini haid sy berterusan.clear bulan 10 1hari..clear bulan 11 1hari pada 25/11..kebetulan waktu tu sy ade bersama..ade kemungkinan ke sy hamil doc?risau sangat..buat pengetahuan sy hamil sudah 3tqhun berturut2..dr 2011 2012 dan 2013..harap doc dpt membantu

    ReplyDelete
  96. salam doc. Sy brsalin pd ogos lalu dan mengambil noriday pd oktober. Tidak pernah lupa dan lewat makan dr masa yg biasa. tetapi semalam sy trlewat 3 jam. Bila teringat terus makan. Adakah masih brkesan? sy belum period sejak mkn pil ini. knpa pil ini perlu dimakan pada masa yg sama stiap hari?

    ReplyDelete
  97. Slm doc.blh doc terangkan knp pil yasmin xsesuai utk ibu yg menyusu.adakah ia akan menyebabkan:
    a)kurang susu badan
    B)keberkesanan pil akn berkurang sbb disalur keluar semasa penyusuan..lalu akan menyebabkan mudah hamil
    c)hormon pil yasmin lebih kepada kewanitaan dan mampu mempengaruhi bayi lelaki

    Tolong ye doc.saya mmg kurang faham bab ni.

    ReplyDelete
  98. Hi Doctor,

    I baru lepas bersalin 4months...then nurse kk bagi i pil rigivedon...i took it for 2mths...today i went for checkup n coz no stock mereka bagi i pil oralcon...boleh i switch brand?...dah tanya nurse..nurse kata same ingredient...takde masalah..tapi still rasa takut...pls advise...

    ReplyDelete
  99. Salam doc.saya nak tanye, selepas bersalin anak ke-3 pada bulan April 2013 saya disarankan untuk mengambil perancang kerana saya mempunyai masalah anemia yang teruk ketika hamil. Selepas habis tempoh berpantang period saya datang secara teratur setiap 16hb, tapi selepas mengambil injection Depo pada 24 Oktober 2013, period saya datang pada 16 November 2013 selama 2 minggu, berhenti sehari dan kemudian datang balik sampai sekarang 26 Januari 2014..tapi tidak lah normal seperti period biasa..tp itu da membuat kan saya stress. kadang pinggang terasa sakit, pening.. Adakah ia tidak sesuai dengan saya? dan saya nak tanye berapa lama tempoh aktif ubat tersebut kerana kalau diikutkan sudah 3 bulan 2 hari. harap doc boleh memberi jawapan pada persoalan saya ini.

    ReplyDelete
  100. Salam doktor,

    Saya ada mengambil injection depo pada 30/9/2013 dan sepatutnya ambil dos kedua pada 30/12 tetapi tidak berbuat demikian. Ini kerana selepas suntikan pertama, darah keluar berpanjangan tetapi bukan la hari-hari and sedikit sahaja..
    Saya ada berjumpa dengan doc and doc ada memberi saya ubat utk menghentikan darah. Tetapi selepas seminggu darah berhenti, ianya keluar semula dan ape yang saya perasan sejak seminggu dua ni, darah akan keluar sedikit pada pagi hari selepas saya bersama dengan suami pada malamnya.. Tetapi tiada kesakitan yang saya alami.. Darah tu cuma keluar sedikit and pagi tu sahaja.. Petang tak de pun..
    Harap doktor dapat membantu saya..

    ReplyDelete
  101. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  102. Salam doc, saya nak tanye..saya baru sebulan berhenti mkn pil perancang..then now saya dh pregnant then doktor sendiri xdpt kenalpasti dh berapa usia kandungan..saya stop sebab nk get pregnant again..tp xsmpai at least 3 months untuk subur..dh terpreggy..saya risau if nanti akan ada kesan negatif kepada kandungan kesan dari pil tersebut. Need ur advise. Buat masa ni saya mmg ambil supplement shaklee. Blh continue ke?

    ReplyDelete
  103. salam..doc nak tanya kalau sebelum nie menyusu bayi saya ambil pil norriday tapi skang susu badan dah berkurang dan tidak menyusukan bayi boleh ker saya meneruskan pil perancang noriday atau ambik perancang yang lain

    ReplyDelete
  104. Akum..saya mempunyai 2 anak.. Selepas kelahiran anak kedua pada 2008 saya memakai UICD selama 6 tahun.selepas buka UICD pada 5 Jan 2014 saya rasa mahu mengadung lagi.selepas buka alat tu..period saya menjadi Pendek.hanya 3 hari. Kebiasaanye period selama 8 hari.period pada bulan februari sama hanya 3 hari.pada bln februari jugak saya ada alami muntah,pening Dan mual tapi..bila check upt negative.. Adakah INI hanya perubahan hormon dlm badan. Bagaimana cara supaya saya cepat mengandung..adakah memakai UICD tu terlalu lama..meninggalkn kesan pada kesuburan saya....

    ReplyDelete
  105. Assalamualaikum Dr.
    Saya baru lepas bersalin 3bln & telah ambil suntikan unidepo 3bln sekali..masalah saya sekarang berlaku pendarahan berterusan selepas mengambil suntikan tersbt.Adakah boleh saya guna kaedah BTL kerana saya tlh mempunyai 5 org anak, usia 38 thn & pernah 2 kali mengalami keguguran pada usia kandungan 4 & 5 bln.stk

    ReplyDelete
  106. Salam...
    Saya ada masalah mengenai period.. dh 4 bln sy tidak didatangi period semenjak mengambil pil perancang jenis cerazette. Saya juga menyusukan bayi yg berusia 10 bln. Sblm mengambil pil perancang saya mengambil suntikan depo slps melahirkn bayi. Sy kerap pening slps suntikan depo ini bertukar kpd pil perancang cerazette tp semenjak mengambil pil perancang inilah saya tidak period. Adakah ini normal @ saya perlu berjumpa doktor? Bagaimanapun ujian UPT yg saya buat adalah negatif

    ReplyDelete